BBM3410Satu: KETIKA DAN KALIMAT




Assalamualaikum w.b.t, dalam post tajuk ketika dan kalimat ini. Aku akan kongsikan suka dua perjalanan sepanjang aku belajar subjek BBM3410.


Seronok dan penuh manfaat! Itulah perkataan yang aku dapat gambarkan tentang subjek ini. Terlalu banyak cerita terlalu banyak celoteh dan karenah sepanjang melakukan tugasan demi tugasan untuk mendapatkan gred A bagi subjek ini. Hahaha. Mestilah ualls nak dapat A. Takkanlah belajar buat esaimen susah2, last2 dapat b atau c kan? siapa nak? Hahaha.  Subjek ni pada mulanya aku fikirkan senang, last2, hah ambik kau tugasan gambarlah, buat video, baca buku, buat akaun media sosial dan sebagainya.



Kita mulakan cerita dengan tugasan mingguan. Setiap minggu, ada je tugasan prof nak bagi, tapi bagi aku tugasan ni oklah. Tugasan tak banyak dan tak sikit, tapi sederhana. Awal minggu, bermain dengan gambar, belajar cara nak ambil gambar yang cun dan lawa. Tugasan ni aku suka. Sebab aku suka ambil gambar orang. Hah. Jadi oklah not bad. Seterusnya up, buat tugasan video pendek pula. Nah. Di sini matinya. Taklah mati, tapi belajarlah cara nak buat papan cerita, perbincngan dan edit video. 


Aku bersyukur kerana mempunyai kumpulan yang gila-gila masuk air. Sporting dan sentiasa datang dengan idea-idea yang gila untuk buat tugasan. Ahli kumpulan aku ialah Aliff, Naim, Irsyad, Pijoe, Hisyam, Fikri, Fauzan, Yuzalini, Aisyah dan Nurul.  Punyalah seronok dapat geng satu kepala untuk buat tugasan prof. Bagi aku, buat kerja dengan diorang semua ni jadi seronok dan tak membebankan. Kerja memang banyak, tapi yalah dapat ahli kumpulan yang memahami dan sentiasa beri kerjasama. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan mudah dan lancar. Syukur. Terima kasih kalian semua. Hanya tuhan saja mampu balas jasa kalian.
Tidak ketinggalan aku nak ucapkan terima kasih juga dengan prof sebab bagi tugasan kelas amali bersama dengan Encik Akmal. Encik Akmal sentiasa membantu dan memberikan tunjuk ajar sepanjang belajar subjek ini. Tak lelah dan penat melayan karenah kami para pelajar.  Terima kasih atas segala ilmu yang en Akmal beri dan curahkan kepada kami.



Prof banyak mengajar kami bukan setakat ilmu dalam subjek ni, tapi juga mengajar kami tentang ilmu dalam kehidupan di luar subjek. Maaflah sebab saya selalu datang lewat ke kelas pada awal minggu. Namun lama kelamaan, setelah prof tegur setiap minggu. Bagi ceramah free tentang sikap dan amalan, nasihat-nasihat ni perlahan-lahan menusuk ke kalbu dan jiwa dan akhirnya membuatkan seorang alfhikrey datang awal ke kelas.  Terima kasih prof sebab mengajar kami subjek ni. Kadang-kadang saya pun ada juga membawanglah pasal tugasan ni dengan kawan bila terlalu banyak kerja bertindih dengan subjek-subjek lain. Maafkan sayalah prof, kalau saya ada terumpat di belakang prof. Semuanya berlaku secara spontan dan tidak sengaja. Hehehe. Kamsamida. ❤



Akhir sekali, terima kasih rakan-rakan seperjuanganku ahli kumpulan Langgar Production, Encik Akmal dan Prof.Dr Normaliza Abd rahim. 


Terima kasih atas segala ilmunya. InShaAllah saya akan cuba aplikasikan ilmu-ilmu ini dengan masyarakat. Kata orang, bila kita dapat suatu ilmu, kita kena ajar orang lain, biar pahala orang yang mengajar kita dulu, akan sentiasa berjalan dan dicatatkan oleh para malaikat. Terima kasih prof atas segalanya. Doakan kejayaan kami di dunia luar. Semoga tuhan berkati ilmu dan hidup kita semua dunia dan akhirat.  Amin ya rabb.

Yang ikhlas,
Budak Tawau sabah.

Comments

Post a Comment